Thursday 19 January 2012

Cara terbaik perangi Jerawat


Cara Terbaik Perangi Jerawat
 


Ada banyak sebab jerawat terbentuk. Antara punca utamanya ialah :
·         Peningkatan penghasilan hormone “androgen”
          Kehamilan
          Pengambilan sesetengah jenis ubat
          Kosmetik yang berminyak
          Perubahan tahap hormone
          Tekanan
          Mengamalkan kebersihan diri yang tidak sempurna
·         Peningkatan minyak
         Bacteria
          Diet yang tidak sempurna
          Pori-pori wajah tersumbat
          Genetic
          Radang
          Pencemaran
Jerawat boleh menyerang sesiapa sahaja,tidak kira bangsa atau usia. Kira-kira 60% remaja akan mengalami masalah ini.
Tip kecantikkan seterusnya membantu anda mengetahui cara-cara terbaik untuk mengatasi masalah jerawat.

a)      Amalkan aturan penjagaan kulit
Cara terbaik merawat jerawat ialah dengan mengamalkan aturan penjagaan kulit yang sempurna setiap hari. Cuci wajah sebanyak dua atau tiga kali sehari dengan menggunakan produk yang sesuai dengan kulit. Ada banyak pencuci yang mengandungi rumusan khas untuk menyingkirkan jerawat. Antara rumusan terbaik ialah “benzyl peroxide”,salicylic acid,glycolic acid dan glycerine. Kesemua bahan ini mampu membersih sehingga ke lapisan kulit yang paling dalam dan juga mengeringkan jerawat secara lembut dan juga boleh mengelupaskan kulit dengan lembut.

b)     Jangan cuci berlebihan
Cucian yang berlebihan juga menyebabkan iritasi kulit dan pertambahan jerawat. Kalau wajah anda tiba-tiba ditumbuhi jerawat,gunakanlah penyegar. Lebih baik jika anda  gunakan penyegar yang mengandungi alcohol. Penyegar jenis ini akan mengeringkan jerawat. Untuk kulit berminyak dan sensitive gunakan penyegar yang mengandungi “salicylic acid” “glycolic” atau “hydroxyl acid” dan “benzoyl peroxide”. Losyen dan penyegar ini boleh mempercepatkan penghasilan sel kulit baru,mengeringkan minyak dan membantu mengelupas sel kulit mati dengan pantas.

c)       Kurangkan tekanan sebai mungkin
Perasan atau tidak,jerawat akan muncul setiap kali pada waktu anda tidak menginginkannya? Misalnya sejurus sebelum parti atau temujanji istimewa? Tekanan-tekanan seperti ini akan meningkatkan hormone “androgen”, iaitu hormone yang menyebabkan jerawat. Oleh itu, cara lain mengatasi jerawat ialah dengan mengatasi tekanan...bertenang.okey ;)

d)     Berhenti merokok
Merokok juga boleh memberikan kesan buruk pada kulit anda. Walaupun ia tidak menyebabkan jerawat secara langsung, ia boleh mengurangkan kualiti kesihatan kulit dan memudahkan lagi kulit dijangkiti.

e)      Perhatikan diet anda
Terdapat banyak kajian yang membuktikankaitan antara pemakanan dan jerawat. Salah satu jenis makanan yang paling mudah dikaitkan dengan masalah jerawat ialah susu. Kebanyakan orang dapat mengurangkan masalah jerawat mereka selepas mereka mengurangkan diet jenis tenusu dan segala macam yang mampu memburukkan lagi jerawat. Selain itu,kekacang dan gula juga turut menjadi punca utama.

3 comments:

  1. Berkunjung...^_^
    Makanan pedas akan meningkatkan suhu tubuh sehingga produksi minyak akan meningkat.

    Salam,
    Rich Amor

    ReplyDelete
  2. iyah betul pemicu adanya jerawat memang itu smeua :)

    ReplyDelete
  3. nih byang suka ngeroko, behenti biar jerawat hilang bagus juga kan buat kesehatan badan.

    ReplyDelete

Tq kepada yang sudi komen :)
Nnati saya balas kunjungan anda ok :)