Friday, 20 January 2012

Merancang matlamat

Secara harfiahnya, terdapat pelbagai kategori matlamat yang boleh  disasarkan ketika melangkah ke tahun baru. Menyasarkan keluarga, peribadi, fizikal, kesihatan, mental, intelek, pendidikan, pembangunan diri, karier, kewangan, material dan spiritual hanyalah sebahagian daripada pilihan yang ada. Ayuh teliti beberapa tip mudah bagi merangka azam sejurus membimbing diri merentasi tahun baru dengan jayanya.

 Pepatah lama ada menyebut, jika mahukan perubahan semuanya hendaklah  bermula daripada diri sendiri.Tetapi di mana silapnya? Kebanyakan orang hanya  mempunyai matlamat dalam satu kategoriyang spesifik iaitu kewangan! Sebetulnya kamu perlu ada matlamat yang tersendiri bagi setiap kategori. 

 Semua orang mempunyai perasaan takut yakni ketakutan kepada kegagalan.  Manakala mereka yang berjaya juga punya perasaan yang sama tetapi lebih terjerumus kepada ideologi ‘takut gagal’. Apa yang membezakan kedua-dua mereka ini adalah walaupun mempunyai perasaan ‘takut gagal’ mereka yang berjaya tetap akan melakukan juga!

 Imbas kembali ketika diri pernah berada di haluan yang dirasakan betul. Mungkin  satu ketika dahulu kita pernah berjaya dalam sesuatu perkara, capai sesuatu yang boleh dibanggakan atau menggapai salah satu matlamat besar. Gunakan ingatan tersebut sebagai satu picu untuk memulakan, menjana dan kemudian meraih kejayaan yang bakal mendatang.

 Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Natijahnya, sesetengah orang memang  payah untuk mengeluarkan kudrat tetapi cukup mudah melafazkan alasan. Walhal orang yang berjaya sentiasa bersedia melakukan perkara-perkara yang susah manakala mereka yang tidak berjaya pula sering kali memilih jalan yang mudah. 

      Jika kamu sudah menetapkan sasaran yang perlu dicapai, maka berusahalah dengan gigih untuk menggapainya. Tidak perlu menoleh ke tepi dan menilai azam  orang lain lalu terikut-ikut dengan matlamat diri mereka. Tetapkan pemikiran dan laksanakan segala yang kamu mampu! 

0 comments:

Post a Comment

Tq kepada yang sudi komen :)
Nnati saya balas kunjungan anda ok :)