Info Sihat
· Derma darah...apa nak takut?
Takut mungkin itu salah satu perasaan kamu bagi yang tidak pernah menderma darah. Jangan begitu wahai sahabatku J menurut pakar patologi pusat darah Negara, mereka yang menderma darah boleh merangsang badan dan menghasilkan lebih banyak sel darah baru. Seterusnya meningkatkan tahap kesihatan penderma. Anda tidak perlu risau akan kekurangan darah kerana badan akan menghasilkan banyak sel darah baru setiap hari menggantikan sel darah mati. Tambahan pula, anda akan diberikan pil zat besi dan asid folik untuk merangsang badan seterusnya membantu merendahkan risiko sakit jantung.
· Sujud legakan system pernafasan
Ibadah solat bagi orang Islam adalah salah satu cara mendekatkan diri kepada pencipta. Dari segi fizikalnya pula,bersujud mampu melegakan system pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Berikut adalah beberapa kelebihan yang kamu peroleh ketika bersujud.
- Memperbaiki kedudukan buah pinggang yang terkeluar sadikit daripada tempat asalnya
- Melegakan sakit hernia
- Melegakan paru-paru daripada ketegangan
- Kedudukan sewaktu bersujud baik untuk berehat dan mengimbangi lingkungan bahagian belakang tubuh
- Memudahkan tidur
- Mengelakkan pendarahan otak jika komlikasinya berlaku secara tiba-tiba
· Batuk baik untuk jantung
Apabila seseorang batuk dengan kuat, dia sebenarnya sedang mengepam darah pada seluruh badan dan otak. Batuk yang dilepaskan mengikut tempoh masa tertentu akan membuatkan peaskit tersebut berada dalam keadaan sedar dan mencapai kadar denyutan yang berkesan.
· Matahari juga penting
Kurangnya pendedahan tentang kebaikan sinaran matahari membuatkan kita sering mengelak daripada terkena pancarannya. Tanpa kita sedari, sinaran matahari membantu dalam menghasilkan vitamin D. Malah ia juga membantu untuk mengelakkan beberapa jenis kanser berbahaya, sekiranya kita kurang terdedah kepada matahari sehingga 10%,ia mampu menggalakkan pertumbuhan kanser payudara. Pengurangan sebanyak 7-12% pula mengakibatkan kanser usus.
· Beradulah dalam kegelapan
Memadamkan lampu ketika tidur malam bukan sahaja membuatkan kamu tidur lena tetapi ia juga dapat mencegah penyakit seperti kanser payudara atau kanser prostat. Ini kerana,hanya dalam keadaan gelap, tubuh dapat menghasilkan hormone melatonin yang dapat mencegah penyakit. Cahaya lamp atau cahaya daripada televisyen boleh menyebabkan hormone semakin lemah. Oleh itu,demi meningkatkan kesihatan tubuh,tidurlah dalam kegelapan.
0 comments:
Post a Comment
Tq kepada yang sudi komen :)
Nnati saya balas kunjungan anda ok :)