Thursday, 19 January 2012

Rawatan Tradisional

Proses biologi yang dilalui dan faktor peningkatan usia memungkinkan kulit tubuh menjadi kering, kurang anjal dan tidak segar seperti dahulu.

Namun, usah gusar kerana wanita kini mempunyai banyak pilihan untuk menjalani rawatan bagi menyegarkan tubuh mereka setelah sibuk bekerja seharian. Rawatan tradisional Melayu tidak kurang hebatnya berbanding rawatan moden yang lain.

Inspirasi lahir daripada petua nenek moyang, pemilik spa Imej Anggun, Jee Fo'ad mengaplikasikan sepenuhnya rawatan badan menggunakan herba-herba yang digunakan oleh orang Melayu sejak turun temurun di spa miliknya.

Menurutnya, masyarakat Melayu dahulu sudah lama menggunakan herba untuk mencantikkan dan menyegarkan badan. Lihat sahaja bagaimana limau purut mampu menyegarkan kulit kepala, badan, dan sebagainya. Begitu juga nanas
digunakan untuk menghaluskan kulit di sekitar siku dan lutut.

Menariknya, herba Melayu bukan sahaja mencantikkan fizikal wanita dari segi luaran, tetapi ia mampu merawat masalah dalaman seperti sistem peranakan, membuang angin dalam badan, dan sebagainya.
Bagi mendapatkan hasil maksimum, seseorang itu perlu menjalani rawatan herba ini luar dan dalam yang merangkumi enam langkah. Masa rawatan pula antara
dua hingga tiga jam.

Proses rawatan yang menggunakan produk Safah Herbs hasil keluaran spa milik Jee sendiri ini dimulai dengan mandian steam atau wap, disusuli dengan urutan tradisional Melayu, bertungku, lulur atau skrub badan, pupur badan,
dan diakhiri dengan mandian susu berherba.

 Mandian wap herba
Sebelum memulakan sebarang rawatan lain, amat bagus dimulakan dengan mandian wap herba. Mandian wap ini memudahkan proses atau langkah rawatan seterusnya dijalankan. Hal ini kerana, mandian wap dapat melembutkan kulit dan membuka liang roma. Dengan ini toksin mudah keluar, melancarkan darah, dan mampu membuang angin dalam badan.

 Lulur badan
Terdapat pelbagai jenis skrub atau lulur badan. Lulur yang digunakan ini berasaskan bunga roselle. Lulur yang diadun sendiri ini tidak mengandungi sebarang pengawet mahupun bahan kimia bagi memastikan hasil terbaik buat
pengguna.

Roselle yang digunakan mengandungi vitamin C yang tinggi dan antioksidan yang mampu melawan radikal bebas. Skrub ini didatangkan dalam bentuk serbuk dan mudah dibancuh dengan air apabila diperlukan

0 comments:

Post a Comment

Tq kepada yang sudi komen :)
Nnati saya balas kunjungan anda ok :)