Bahaya Tabiat Gigit Kuku
Kuku yang sihat berwarna bening, bertekstur halus dan kuat. Jika kuku kamu berwarna kekuningan, rapuh, bergelombang atau bertitik-titik putih menandakan kuku kamu tidak sihat. Kuku yang tidak sihat boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Salah satu penyebab kuku tidak sihat adalah kebiasaan menggigit kuku. Ada sesetengah gadis gemar menggigit kuku jari mereka saat merasa stres atau gugup.
Ada sesetengahnya pula suka menggigit kuku saat tidak sedar sambil menonton televisyen ataupun bergayut di telefon dan tahu-tahu, kuku jari kamu telah ‘habis’. Perlu diingatkan, kesan buruk menggigit kuku bukan hanya pada kecantikan semata-mata malah lebih dari itu. Kebiasaan buruk ini boleh menyebabkan gangguan kesihatan yang serius. Antaranya, akan menimbulkan luka pada hujung jari dan kutikula, sehingga meningkatkan risiko radang padakuku dan mulut. Jadi pastikan kamu membuang kebiasaan buruk ini dan berikut adalah tipnya.
- Setiap kali memotong kuku, pastikan kamu turut merapikan kuku kerana kuku yang dipotong pendek dan rapi akan mengurangkan keinginan untuk menggigit kuku.
- Jika kuku kamu sudah sedia rosak, bolehlah menggunakan kuku palsu untuk menutupi kuku yang rosak sehingga ia tumbuh kembali.
- Cubalah terapi penghilang stres agar kebiasaan kamu menggigit kuku saat stres boleh berkurangan misalnya, menulis, melukisatau membaca.
0 comments:
Post a Comment
Tq kepada yang sudi komen :)
Nnati saya balas kunjungan anda ok :)