Thursday, 19 January 2012

Tips Berdiet


Tips Diet

Sejauh manakah pengetahuan anda tentang diet yang sihat??? Pastikan perkara asas yang perlu anda lakukan ketika berdiet ialah memberi focus kepada makanan yang diambil dalam hierkaki pemakanan. Ayuh kita selidik kepentingan dalam pelan diet anda 

·            Jangan tidur ketika lapar
Ramai yang beranggapan makan pada lewat malam akan membantutkan usaha mengurangkan berat badan. Hakikatnya, ia tidak akan membantutkan usaha anda jika kamu memilih makanan daripada sumber  protein. Contohnya susu rendah lemak adalah pilihan yang baik untuk diambil sebelum tidur.
·         Menambahkan karbo selepas senaman
Pastikan anda tidak kekurangan kalori yang diperlukan setiap hari. Menikmati makanan selepas senaman adalah satu kemestian kerana otot berada dalam keadaan yang lemah di mana penambahan karbo sangat diperlukan. Malah pada masa inilah makanan yang dimakan paling kurang untuk diserap oleh lemak.

·            Kitaran kalori
Apabila kamu mengurangkan kalori dalam diet untuk tempoh yang agak lama, kadar metabolisme anda akan menurun. Memvariasi dengan kalori yang lebih tinggi mampu menghalang daripada berlakunya metabolisme yang rendah ini. Contohnya, kamu boleh berdiet untuk lima hari dengan kalori yang lebih tinggi. Secara tidak langsung, diet kamu akan menjadi lebih menarik.

·            Lengkapkan dengan protein
Protein adalah nutrient terpenting dalam pelan diet dan membantu untuk mengurangkan rasa lapar,mengawal selera serta memastikan otot-otot mendapatkan bekalan yang secukupnya. Pilihlah protein yang baik daripada sumber-sumber semula jadi untuk hasil yang terbaik.

·            Jadualkan Cheat Day
Bila berdiet, ramai yang akan mengelak daripada mengambil makanan yang disukai. Sebenarnya ini adalah persepsi yang tidak betul. Dengan memilih satu daripada tujuh hari seminggu untuk jadual Cheat Day, kamu masih boleh menikmati diet sihat pada hari-hari lain.

·           Saratkan dengan serat
Serat sangat penting dalam pengurangan berat badan kerana ia membantu menyihatkan badan serta membuatkan anda terasa kenyang. Sekurang-kurangnya kamu memerlukan lima gram sumber serat misalnya sayur-sayuran,buah-buahan atau gandum penuh untuk setiap hidangan nagi membantu mengurangkan berat badan.

·            Kawal pengambilan minuman
Salah satu yang sering diabaikan dalam pelan diet ialah pengambilan minuman. Jika kamu gemar dengan minuman manis,mungkin kamu telah mengambil kalori yang berlebihan tanpa disedari. Oleh itu, sebagai langkah terbaik ialah menggantikan minuman manis dengan air suam atau air kosong.

·           Makan lebih produk tenusu
Ramai yang menganggap mereka perlu mengehadkan pengambilan produk tenusu ketika ingin menurunkan berat badan. Hakikatnya,kamu Cuma perlu memastikan pemilihan produk tenusu ini terdiri daripada variasi rendah lemak. Setiap usaha pasti akan diiringi kejayaan. Jangan berputus asa untuk melakukan perubahan pada diri kamu.

0 comments:

Post a Comment

Tq kepada yang sudi komen :)
Nnati saya balas kunjungan anda ok :)