Tips Atasi Kaki Melecet
Ramai antara wanita di luar sana yang tidak boleh dipisahkan dengan sepatu yang cantik. Namun awas !!! sepatu tinggi ataupun rata kadangkala boleh membuatkan kaki kamu melecet. Ingin tahu cara untuk mengatasinya ? mari NAJ berikan tipsnya :
· Setelah sampai di rumah, biarkan kaki terbuka selama 30 minit. Setelah itu, cuci dengan menggunakan air suam. Bagi bahagian yang melecet, pastinya akan terasa perit,namun cubalah untuk bertahan ye J
· Jangan sesekali menggosok bahagian yang melecet itu. Akan tetapi,untuk celah-celah jari kaki yang tidak melecet,kamu boleh menggunakan sabun antiseptic untuk menghilangkan bau kaki.
· Keringkan kaki kamu dengan tuala. Berhati-hati ketika menyentuh bahagian kaki yang melecet. Pada bahagian yang melecet,andai kata kulitnya tidak terkelupas, sapukan kaki dengan minyak zaitun ataupun Vaseline untuk menyejukkan bahagian tersebut.
· Sekiranya kulit kaki kamu telah terkelupas,jangan keluarkan air yang ada di dalamnya dengan alat yang tajam atau apa pun kerana ia menyebabkan bahagian tersebut menjadi parah.
· Rasa sakit hanya akan mengambil masa hingga dua atau tiga hari. Disarankan anda tidak memakai kasut yang sama selama kaki kamu masih sakit. Pakailah kasut lama yang bahannya sudah lembut untuk memberikan kesempatan kaki kamu kembali pulih.
0 comments:
Post a Comment
Tq kepada yang sudi komen :)
Nnati saya balas kunjungan anda ok :)