Katakan Tidak Pada Lewat!!!
Tidur memang menyeronokkan. Apatah lagi apabila badan keletihan. Ia lumrah bagi pelajar-pelajar kerana mereka suka berjaga sehingga lewat malam untuk meyelesaikan tugasan, ulang kaji dan lain-lain. Namun begitu, untuk bangun awal pagi, ramai yang mengalami masalah sehingga ponteng kelas disebabkan “terlajak” tidur. Jom NAJ tunjukkan beberapa tips untuk bangun awal J
a) Tidur awal
Sebagai seorang pelajar, anda perlu mendapat tidur yang secukupnya agar bandan anda tidak berasa letih. Seharian kuliah menyebabkan anda keletihan dan tidur yang cukup akan mengembalikan semula tenaga kamu pada keesokannya harinya. Pastikan sekitar jam 10 atau 11 malam kamu sudah bersedia untuk tidur agar berasa segar untuk bangun keesokannya.
b) Jam loceng
Sediakan jam loceng di dalam bilik. Ataupun jika tak nak membazir,gunakan “alarm ringtone” pada handphone anda. Jadikan handphone atau jam loceng sebagai peneman setia tidur kamu. Setkan jam sebelum tidur supaya ia dapat mengejutkan anda keesokannya.
c) Elakkan makanan berat sebelum tidur
Ramai pelajar gemar makan pada lewat malam kerana sibuk dengan pelbagai aktiviti pada petang hari. Perkara sebegini tidak berapa elok kerana ia membuatkan mata kamu lebih sukar untuk tidur awal. Apabila perut kamu kekenyangan,anda tidak akan dapat tidur awal dan keadaan tidur kamu sudah tentu akan terganggu. Oleh itu,pastikan kamu tidak mengambil makanan berat sebelum tidur bagi mengelakkan daripada tidur lewat.
d) Minta “housemate” atau “roommate” anda kejutkan
Bagi anda yang tinggal bersama rakan-rakan,pasti tidak akan menghadapi masalah untuk meminta tolong mereka mengejutkan kamu untuk bangun awal. Jika kamu memang sukar untuk bangun pagi, minta mereka renjiskan air atau urut ibu jari kaki kamu sekiranya kamu masih liat untuk bangun pagi.
e) Tanam azam
Setiap orang akan mengalami kesukaran untuk bangun awal pagi. Namun begitu,jika kamu sentiasa menanamkan azam dalam diri, ia tidak akan menjadi suatu masalah lagi pada kamu. Jadi,sebelum tidur....pastikan anda berjanji pada diri sendiri untuk bangun awal. Motivasi ini baik untuk anda kerana jika setiap hari anda mengamalkannya,secara automatic otak anda akan menerima mesej tersebut...
Ok...harap yang sedang menuntut ilmu...Gunakanlah petua ini sebaik-baiknya... J
0 comments:
Post a Comment
Tq kepada yang sudi komen :)
Nnati saya balas kunjungan anda ok :)