Serlahkan Kecantikanmu Dengan Khasiat Semulajadi
Apa Itu Kecantikan Secara Alami?
Kecantikan alami adalah semula jadi. Ia adalah proses penjagaan kecantikan tanpa menggunakan sebarang produk yang mempunyai bahan kimia, pewangi, pewarna, dan bahan penstabilan. Tahukah anda, cantik semula jadi bukan sahaja melibatkan kecantikan luaran yang boleh dilihat dengan mata kasar? Asalkan anda bijak membawa diri dan menjaga perlakuan, kecantikan asli itu pasti terserlah. Cara paling mudah untuk menjaga kesegaran dan kecantikan kulit adalah dengan membersihkan wajah dan kulit dengan air. Jika anda seorang Islam, maka mengambil wuduk adalah cara yang paling disarankan. Dengan cara ini, aura positif akan terpancar dan menjernihkan rupa seseorang.
Kenapa Perlu Cantik?
Keyakinan diri:- Ramai yang selalu tersilap. Memikirkan cantik itu sekadar untuk dilihat orang. Kecantikan sebenar adalah apabila anda yakin dan selesa dengan diri sendiri. Apabila kita cantik, secara automatik keyakinan itu datang. Cantik bukan sekadar berkulit cerah, bermata bundar, berhidung mancung, dan mempunyai bibir mungil. Ia= lebih dari itu!
Keselesaan
Apabila anda cantik, anda akan berasa selesa. Bayangkan saja, selepas melahirkan anak yang ketiga, potongan badan sudah lari. "Banyak yang kendur!
Malulah". Itu sebab anda perlu menjaga kecantikan, agar perubahan yang berlaku itu boleh dihadapi dengan tenang.
Untuk Orang Lain
Apabila anda cantik, anda akan berasa selesa. Bayangkan saja, selepas melahirkan anak yang ketiga, potongan badan sudah lari. "Banyak yang kendur!
Malulah". Itu sebab anda perlu menjaga kecantikan, agar perubahan yang berlaku itu boleh dihadapi dengan tenang.
Kesihatan
Apa kaitannya? Apabila anda cantik, sudah pasti anda bersih. Bila bersih, tidaklah anda mendapat jangkitan atau serangan penyakit.
Wanita Suka Cantik
Sebab yang tidak perlu dipertikaikan. Semua orang mahu kelihatan cantik!
Cantik Selepas Berpantang. Bagaimana Caranya?
Fitrah setiap wanita, mereka sukakan kecantikan. Penting untuk setiap wanita menjaga kecantikan mereka terutama selepas bersalin. Bagaimana cara terbaik untuk melakukannya?
Penjagaan dalaman
- Ketika dalam pantang, seorang wanita itu tidak boleh mengambil makanan yang sejuk atau minum ais.
- Amalkan jamu atau herba (secara terkawal) untuk memperbaiki dan menyembuhkan luka-luka dalaman ketika melahirkan anak
Penjagaan luaran
Bertungku untuk memecahkan darah yang membeku. Kemudian, sapuan param adalah penting bagi melicinkan kulit dan mengembalikan tona kulit (yang gelap) semasa mengandung dahulu. Pemakaian pilis pula penting bagi mengelakkan sakit kepala dan angin masuk dalam badan.
Mengurut adalah diharuskan untuk memperbetulkan kembali urat-urat yang bersimpul. Rawatan ini harus disertakan bersama mandian herba untuk menyegarkan tubuh dan memperbaiki sistem dalaman tubuh.
0 comments:
Post a Comment
Tq kepada yang sudi komen :)
Nnati saya balas kunjungan anda ok :)