GAJUS, SEBAIK PIL VITAMIN SEMULAJADI
Juadah biskut raya enak berasaskan kacang gajus, tanpa disedari menjadi antara yang popular sempena musim perayaan ini. Gajus sememangnya terkenal sebagai penambah rasa, justeru tidak menghairankan jika ia sering ditabur dalam masakan nasi tradisional seperti nasi minyak atau nasi beriyani, lauk-pauk seperti dalca dan pencuci mulut bagi mengangkat aromanya. Namun lebih menarik, ia sebenarnya bukan kacang sebarangan kerana padat dengan khasiat, dan jarang ditemukan dalam kekacang lain.
Teka-teki “buah apa bijinya di luar?” merujuk kepada jawapan gajus kerana keunikan bentuk buahnya. Bagi masyarakat Melayu, pohon gajus sering menghiasi laman rumah kerana pelbagai kegunaan. Selain menyedapkan masakan, ia juga digunakan untuk tujuan kesihatan sejak berzaman lamanya bagi meningkatkan kecerdasan mental dan fizikal. Selain gajus, kekacang lain yang dipercayai menyimpan keistimewaan yang sama adalah berangan, soya, pistachio, badam dan kacang kuda.Turut dikenali sebagai pil vitamin semula jadi, gajus mengandungi pelbagai zat mineral seperti magnesium, fosforus, kalsium, zink, selenium,zat besi dan potasium. Bahkan, kepelbagaian vitamin seperti vitamin B6, vitamin K, vitaminC, vitamin E, niasin, folat, riboflavin dan thiamin juga membuatkan kacang yang berasal dari bumi Brazil ini kaya dengan nilai perubatan.
Faedah Lain
Daun gajus berupaya membunuh bakteria dan kuman, mengubati cirit-birit, mengurangkan demam, gula darah, tekanan darah dan suhu badan.
Mempunyai lemak baikuntuk pengurusan berat badan. Namun disyorkan pengambilannya secara sederhana kerana ia tinggi kadar tenaga dan serat.
Gajus merupakan kudapan sihat untuk pesakit jantung.
0 comments:
Post a Comment
Tq kepada yang sudi komen :)
Nnati saya balas kunjungan anda ok :)