Friday, 20 January 2012

Info Sihat 3

Untuk Kehidupan Yang Lebih Optimum


Anda tidak akan selalu dapat mengendalikan kehidupan dengan sebaiknya. Akan tetapi,anda boleh melakukan yang terbaik buat diri dengan membelai tubuh, jiwa dan minda untuk mencapai kehidupan yang lebih optimum. Tidak perlu kerap berbelanja untukperawatan di spa kerana masih ada pilihan yang sama tetapi dengan kos sederhana. Ingin tahu caranya?


30 MINIT SEHARI
Aktiviti  fizikal  merupakan penyelesaian utama bagi masalah tekanan. Ia bukan hanya bermanfaat untuk kesihatan malah turut menyuntik ketenangan jiwa dan kepercayaan diri. Cubalah lakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 30 minit sehari dengan berjalan secara santai, beryoga, menari, melakukan kerja rumah atau melakukan olahraga seperti bermain tenis, badminton atau squasy. Bagi mereka yang melakukan aktiviti fizikal secara teratur akan lebih cenderung untuk mengambil makanan seimbang yang dapat membantu tubuh mengatasi tekanan. Elakkan diri daripada melakukan tabiat-tabiat buruk contohnya dengan menghisap rokok, meminum alkohol atau tidur larut malam. Sebaiknya, banyakkan pengambilan makanan yang seimbang setiap hari.


LAKUKAN SESUATU YANG ANDA SUKA
Lakukan semula kegiatan-kegiatan yang telah lama anda tinggalkan dahulu disebabkan oleh kekangan waktu. Pastikan kegiatan itu adalah yang berfaedah contohnya berolahraga atau melakukan hobi baru yang selama ini anda ingin mencubanya.  Sebagai contoh,  anda mungkin boleh mengikuti kursus muzik atau latihan berkuda. Apa yang pasti anda suka melakukannya. 

BERKONGSI PERASAAN
Usah pendam masalah yang sedang anda hadapi. Jika boleh, kongsi  dan luahkan masalah anda itu kepada seseorang yang boleh anda percayai seperti teman rapat atauahli keluarga sendiri. Usah terlalu memendam kerana lama kelamaan ia boleh menjejaskan kesihatan anda.


LUPAKAN MASA LALU
Jangan membazir  tenaga dengan hanya memikirkan perkara-perkara yang lampau.Kawal fikiran anda supaya tetap fokus dan berfikiran positif. Apa yang penting adalah anda harus memikirkan tentang hari ini dan juga masa hadapan.


KETAWA 
Carilah hiburan yang boleh membuatkan anda ketawa dalam setiap situasi. Ketawa adalah penawar paling bagus untuk melawan tekanan dan cara mudah untuk meredakan ketegangan.  Anda boleh mengurangkan ketegangan otot-otot saraf dengan menonton filem-filem bercorak komedi di rumah.


SUKAR TIDUR? SEGERA ATASINYA!
Anda tidak boleh menutup mata meskipun malam telah larut ? Gangguan ini  boleh disebabkan oleh tekanan. Tekanan dan rasa cemas yang berlebihan boleh membuatkan anda terjaga pada waktu malam, bangkit terlalu cepat pada waktu pagi atau terbangun dengan nafas yang tercungap-cungap. Anda memerlukan rehat yang secukupnya untuk mengatasi tekanan. Salah satu cara untuk mengatasi gangguan tidur ialah bangunlah pada waktu yang sama pada setiap hari. Selain itu, hindari kafein 4-6 jam sebelum waktu tidur serta kurangkan pengambilan kopi di siang hari. Elakkan mengambil makanan berat  sebelum tidur  kerana iaakan membebankan proses pencernaan dan menyukarkan anda untuk tidur malam.

0 comments:

Post a Comment

Tq kepada yang sudi komen :)
Nnati saya balas kunjungan anda ok :)