Thursday, 19 January 2012

Info Sihat 2

Pentingnya pencuci mulut
Makan buah terlebih dahulu membantu memulihkan sistem pencernaan di mana proses penyahtoksikan dapat melalui proses semulajadi. Ia dapat mempercepatkan proses penghadaman. Namun, jika dimakan sejurus selepas makanan lain, ia akan mengalami fermentasi kerana lambat dihadam. Zat- zat yang terkandung akan rosak dan menyumbang kepada ketidakselesaan perut..


Waktu terbaik minum air kosong
Japanese Medical Society membuktikan dalam kes- kes tertentu, amalan minum air kosong mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius. Antaranya ialah masalah sakit kepala, sakit- sakit badan, sistem jantung arthritis, epilepsy bronchitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing. Antara peraturannya ialah:

- minum 4 gelas air (160ml) sebaik terjaga tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
- Jangan makan atau minum untuk 45 minit.
- Selepas 15 minit bersarapan, makan tengahari dan makan malam, jangan makan atau minum untuk tempoh 2 jam.

Khasiat susu

2 gelas susu mampu memenuhi keperluan kalsium tubuh anda. Ia turut membantu mengelakkan kemerosotan jirim tulang. Melalui pengambilan kalsium setiap hari mengikut sukatan yang disyorkan, kekuatan tulang dapat dikekalkan sepenuhnya. Golongan dewasa semuda 19 tahun disyorkan mengambil antara 1000 dan 1200 mg kalsium setiap hari. 

0 comments:

Post a Comment

Tq kepada yang sudi komen :)
Nnati saya balas kunjungan anda ok :)