Thursday, 19 January 2012

Kulit halus mulus menjelang hari bahagia

Kulit halus mulus menjelang hari bahagia

Detik diijabkabulkan merupakan saat yang paling gembira dan pastinya pengantin perempuan ingin tampil cantik berseri di hari bersejarah tersebut. Selain solekan yang memberi kesan pada wajah anda, semestinya penjagaan tubuh juga harus dititikberatkan. Jika tubuh dibelai dan diurut sebelum tibanya hari bersejarah, anda akan berasa yakin dan segar di hari persandingan nanti dan pastinya debaran malam pertama akan dirasai.

1. Rawatan dimulakan dengan rendaman kaki yang diletakkan bersama-sama dengan garam mineral. Tujuannya adalah untuk membuang kulit-kulit mati yang terdapat pada kaki.

2. Kemudian, urutan badan dimulakan dengan meletakkan minyak lavender. Minyak lavender yang digunakan adalah untuk memberi ketenangan dan melegakansegala tekanan yang dihadapi oleh bakal mempelai. 

3. Selepas menggunakan minyak lavender, urutan diteruskan lagi dengan menggunakan scrub. Bahan utama yang digunakan ialah halia dan kaffir lime. Bahan-bahan ini digunakan untuk menghilangkan sel-sel kuit mati di samping membuang angin yang terdapat di dalam badan.

4. Keseluruhan badan akan dilumur dengan serbuk koko bersama-sama dengan bahan lain sebelum dibalut menggunakan plastik dan kain. Proses ini dilakukanuntuk membuang toksin badan selain membuang lemak-lemak yang terkumpul.

5. Setelah itu, rawatan diteruskan lagi dengan mandi susu. Mandi susu ini bertujuan memberi kehalusan kulit yang maksimum selain memutihkan kulit. 

6. Anda akan dijamu dengan minuman teh jasmine di akhir rawatan. Teh jasmine berkhasiat untuk untuk memberi kesegaran pada tubuh dan membuatkan anda yakin bertemu dengan si dia di hari persandingan.

0 comments:

Post a Comment

Tq kepada yang sudi komen :)
Nnati saya balas kunjungan anda ok :)