Panduan Merawat Rambut Kerinting
Ramai yang mengeluh rambut ikal mahupun kerinting sangat menyusahkan. Sebenarnya, sekiranya anda tahu rawatan yang tepat,segala-galanya pasti akan menjadi mudah. Mari NAJ tunjukkan cara-caranya:
Gunakan syampu khas untuk mencuci rambut. Sebaiknya guna syampu yang mengandungi bahan-bahan seperti shea butter, palm oil, minyak avokado atau syampu dengan campuran lidah buaya yang membantu membentuk rambut tampak lebih ikal dan mudah diatur.
Gunakan masker rambut yang mengandungi bahan keratin. Setelah rambut dicuci, sapukan masker keratin dan biarkan selama 10 minit. Pelembap yang terkandung di dalam masker keratin ini akan meresap ke dalam akar rambut dan menghalang rambut kerinting nampak kering. Bukan itu sahaja, kandungan keratin yang terserap ke dalam akar juga boleh memperkuatkan rambut dan mencegah kerosakan.
Bagi memastikan rambut dirawat hingga ke akarnya, setiap tiga bulan sekali gunakan anti-frizz cream. Cara memakainya, ambil sedikit krim di tangan dan sapukan secara perlahan ke seluruh permukaan rambut yang masih basah dari pangkal hingga ke hujung rambut.
Mengeringkan rambut menggunakan pengering rambut dengan cara yang salah boleh merosakkan rambut dan membuatkan rambut kerinting menjadi lebih kering. Sebaiknya meminta bantuan orang lain andai kamu ingin menggunakan pengering rambut agar suhu panas tidak terlalu dekat dan bersentuhan dengan permukaan rambut.
Cubalah tips ini untuk mengelakkan rambut daripada kekeringan
0 comments:
Post a Comment
Tq kepada yang sudi komen :)
Nnati saya balas kunjungan anda ok :)